Lawatan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Daerah Sibu ke NADI Rantau Panjang
6 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 5 Februari 2025, Rabu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah dikunjungi oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Daerah Sibu untuk Program Komuniti Madani di NADI Rantau Panjang yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 10:00 pagi. Encik Zaini yang merupakan Pegawai Jabatan Penerangan Daerah Sibu dan Puan Dorothy yang merupakan Penyelaras Komuniti Madani DUN Bawang Assan telah mengetuai lawatan tersebut.
Antara pengisian lawatan tersebut adalah membincangkan modul-modul pembelajaran yang bersesuaian dengan umur komuniti MADANI DUN Bawang Assan di samping membincangkan tarikh yang bersesuaian untuk menjalankan program tersebut. Diharapkan dengan adanya program bersama komuniti MADANI ini dapat memberi manfaat kepada komuniti MADANI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: